TERMA & SYARAT

Dikemaskini 1 November 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Para pelanggan yang dikasihi, anda dinasihatkan supaya membaca dan memahami isi kandungan terma dan syarat sebelum membuat sebarang tempahan. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa berharga anda~

Tempahan:

  • Tempahan boleh dibuat melalui Whatsapp, Facebook, email atau dengan mengisi borang tempahan di blog Amal Creative.
  • Bagi tempahan melalui Facebook atau email, sila berikan maklumat-maklumat berikut ketika membuat tempahan:
  1. Nama penuh
  2. Nombor telefon
  3. Alamat penghantaran
  4. Senarai tempahan (sebutkan kuantiti, jenis item dan pilihan warna)
  5. Tarikh akhir tempahan perlu siap
  • Kemudian tunggu maklum balas dari pihak kami untuk tindakan selanjutnya.

Pembayaran:

  • Setelah tempahan disahkan melalui hasil perbincangan kedua-dua pihak pelanggan dan pihak kami, sila buat bayaran ke akaun CIMB atau Maybank dalam masa 3 hari. Kemudian maklumkan segera kepada kami, butiran transaksi (nombor transaksi, jenis bank, tarikh, waktu dan jumlah bayaran) sebagai bukti bayaran.
  • Jika tiada bayaran diterima dalam tempoh tersebut dan pihak kami tidak dimaklumkan apa-apa mengenai kelewatan pembayaran, maka tempahan automatik terbatal.
  • Tiada pembatalan tempahan setelah bayaran diterima.

Penghantaran:

  • Kami menggunakan perkhidmatan Poslaju atau Nationwide mengikut jenis barang yang sesuai.
  • Caj penghantaran adalah RM8.00 untuk 500 gram pertama bagi Semenanjung dan RM11.00 untuk 500 gram pertama bagi Sabah dan Sarawak.
  • Nombor jejak (tracking number) akan kami maklumkan melalui inbox/email/Whatsapp.

Anda perlu tahu:


  • Setiap item di Amal Creative dijahit secara manual menggunakan tangan dan hanya seorang bertindak sebagai tukang jahitnya. Tempahan anda mungkin mengambil masa lebih daripada 2 minggu untuk disiapkan demi menjaga kualiti produk; bergantung kepada senarai tempahan semasa. 
  • Katakan ada 10 tempahan sedang menanti untuk disiapkan, maka maaf tempahan anda mungkin mengambil masa lebih daripada 8 minggu untuk disiapkan. Oleh itu, kami nasihatkan supaya rancang dengan teliti sebelum membuat sebarang tempahan lebih-lebih lagi jika anda ingin menempah dalam kuantiti yang banyak.

Penting:

  • Pesanan anda akan disiapkan HANYA SETELAH PEMBAYARAN PENUH DIBUAT dan MENGIKUT GILIRAN SIAPA-BAYAR-DAHULU.
  • Kami TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ke atas PEMBAYARAN TANPA BUKTI.
  • Kami juga TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ke atas KEHILANGAN atau KEROSAKAN barang semasa proses penghantaran oleh pihak kurier.

Sekian, harap maklum.
Terima kasih.


Nor Amalina Rohaizad
Amal Creative
0192111934
noramalina.rohaizad@gmail.com

No comments: