Wednesday 9 December 2020

Baki Akhir Felt Maroon


Perbualan dengan pembekal.

Pendek saja jawapan.
Namun pedih dirasakan.

😳😭😭😭

Felt maroon ada dalam 20 keping lagi.
Baki terakhir tahun 2020.

Siapa cepat, jadi kepunyaan dia.

Skin/cream colour, memang lama tak nampak bayang. Saya usahakan cari tempat lain ya.

Tuesday 1 December 2020

Tutorial Keychain Nama Butang Huruf

Assalamualaikum. Hai, apa khabar?

Hari ini saya mahu kongsikan cara menjahit rantai kunci nama menggunakan material pvc dan butang-butang huruf yang comel berwarna-warni. Jika tidak ada pvc, tidak mengapa. Kita boleh juga menggunakan kain felt.

Bahan-bahan dan peralatan-peralatan yang digunakan adalah seperti gambar di bawah. Pvc, mounting board, gam UHU, gam B7000, pisau, gunting, benang, jarum, pen, pembaris, eyelet plier, plier dan butang pelbagai corak.

Untuk permulaan, kita perlu mengukur panjang pvc untuk dipotong. Seeloknya susun dahulu butang membentuk nama dan letakkan sekali eyelet di hujung butang supaya kita dapat saiz ukuran sebenar keychain nanti.

Untuk keychain dengan nama MUADZ ini, panjang pvc untuk dipotong adalah

Tuesday 17 November 2020

Kain Felt Sudah Kembali


Boleh tahan super gedikz icon saya guna di Shopee. Kemain lagi. Hahaha. Sungguh bukan Amalina. Nak buat macam mana kan, prospek di Shopee ni agak berbeza. Memang lain. Tak boleh nak terlalu skema.

Jadi bila saya cuba untuk kendurkan perasaan tegang berurusan dengan 'robot', untuk bagi customer rasa selesa, memang saya gunakan icon yang ada di Shopee.

Panggilan tu kami kekalkan "Cik". Tanda penghormatan kami. Kami sebolehnya elak guna sis. Kecuali kepada yang sudah memang kenal dan insist nak ber sis sis. Kami ikut saja. No problem. :D

Ok done update kain felt di Shopee. Stok banyakkkkk sudah masuk.

Stok Borong Kain Felt November 2020

 

Bila ada keperluan nak stok dengan kadar segera, sebaik saja dapat tahu guni saya dah selamat tiba di gudang Malaysia, terus saya ajak Encik Suami pergi ambil. Rasmi kuda maroon.

Alhamdulillah stok kain felt November dah kembali banyak. :D

Thursday 5 November 2020

Wednesday 4 November 2020

Drama Amal Creative VS Shopee



Nak share cerita. Minggu ketiga Oktober lepas entah diserang hangin apa, saya pi opt out of RM15 Free Shipping programme. Dalam dua minggu lah juga pi mai pi mai berbalas email dengan Shopee. Punya lah bulat tekad, nekad nak stop RM15FS tu.

Once bila tag biru bawah dia hilang, terasa kehilangan sungguh. Serba tak kena memandang kedai Shopee sendiri. Makan tak lalu. Mandi tak basah. Tidur pun tak lena. Ibaratnya gitu lah. Huu seram!

Bila cuba search keyword produk pulak sebab nak tengok ranking kedai, tudia aihhhhh dia menjunam ke bawah teruih. Terbuntang mata tengok. Lenyap dari first page walaupun ada tag oren Preferred Seller. Peh! Hampa main kasaq sungguh no Shopee.

Berpoloh-poloh depan skrin.

Bertambah-tambah resah gelisah.

Mula rasa menyesal. Hewhew..

Maka 1 November, kalut lah kita ni pun pi

Sunday 1 November 2020

Hadiah Hari Guru: Keychain Nama







Tahun ni cukup berbeza. Sambutan Hari Guru tak dapat dilangsungkan secara biasa di sekolah. Saya pun tak pasti bila boleh beri hadiah ni semua kepada guru-guru sekolah anak. Tahun ni memang tak dapat disebabkan sesi persekolahan pun dijalankan secara online. Harapnya tahun depan, dapatlah anak-anak serahkan semua ni kepada guru-guru.

Apa pun, percaya setiap perancangan Allah itulah yang terbaik. Ada sesuatu Allah sedang aturkan buat kita semua. Tempuhi dengan redho dan sabar. Kemudian bertawakkal sepenuhnya kepada Allah.

Wednesday 28 October 2020

Testimoni Amal Creative


Tolonggg, tolonggg!
Sakit perut. Pakej nak pitam! :p Haha.

MasyaAllah sekali sekala memang dapat review melucukan dan menghiburkan di Shopee. Apa pun, terima kasih berurusan dengan kami di Amal Creative. :)

Monday 26 October 2020

Rakan Sekerja Sementara


Subhanallah. Semangat lain macam kerja hari ini. :p Walau dalam kesulitan terpaksa berada di rumah 24 jam, bila diteliti semula, sungguh ada banyak manisnya. Cuma tinggal kita aktifkan mata hati. Melihat keindahan susunan dan percaturan Allah buat hambaNya. Alhamdulillah untuk peluang bekerja 'sepejabat' dengan beliau. :)

Thursday 22 October 2020

Idea Kraf Kayu


Guna gam baharu, wooden pendant baharu dan huruf kayu jenis baharu untuk pengantin lama yang sentiasa memperbaharui cinta mereka. :D Semoga Allah kekalkan hingga ke Jannah.

Saya nak buat apa ni? Fridge magnet atau keychain? Mana-mana pun boleh. :)

Monday 19 October 2020

Kos Tersembunyi?


Wondering. Apa yang customer nak buat dengan tiga helai kain felt keras ni. Pilihannya, kombinasi warna pastel lembut. Soft grey, baby blue and white. Sweet. Pandai betul pilih. Suka saya tengok.

Macam dok terbayang-bayang something untuk baby boy. Toys atau frame bilik? Terfikir tu ja lah.

Saya ni, orang order tiga helai pun saya gulung dalam bubble wrap. Encik Suami sokmo bebel kenapa buat gitu. Ada caj bubble wrap dan selotep tak? Ada letak moq tak untuk orang order kain? Beliau tanya.

Agaknya dok nampak saya put extra effort bila dok bungkus tu. Punya lah jaga tak mau bagi kain terlipat atau renyuk bila customer dapat.

Fikir-fikir balik, betul juga cakapnya. Kain ni berapa ringgit saja. Saya balut dengan bubble wrap dan selotep kemain lagi. Sampul pun guna sampul besar. Semua tu hidden cost. Tolak pi tolak mai, tak sedar pun sebenarnya tak untung langsung.

Lagi teruk kalau sebenarnya rugi.

Berniaga nak apa sebenarnya, Amalina?

Teringat pula cikgu saya pesan, nak sangat bantu orang bukan dengan cara kurangkan harga. Bagi free lah terus. Dok pi ganggu harga market sedia ada. Itu menyusahkan hidup lebih ramai orang khususnya kawan-kawan sesama peniaga. Niat tak memurnikan cara.

Loser saja yang selalu main perang harga. Dia tak ada cara lain nak buatkan orang datang membeli selain offer harga paling murah.

Menung saya pun.

Tersekat rasa nak telan air liur.

Pelan-pelan saya angguk kepala.

Tuesday 13 October 2020

Kemas-Kemas

 
Daripada tiga baris di rak, sekarang tinggal satu baris saja. Berhuhuhu tengok. Hari ni nak mengemas, kira baki stok terkini. Kemudian update di Shopee.

Saya pernah ya terfikir nak berhenti terus jual kain felt for some reason yang biarlah rahsia. Pejam celik, pejam celik, Allah masih izinkan saya kekal setia dengan felt hingga sekarang. Saya bersangka baik, mungkin ada sesuatu lebih baik Allah dah aturkan dan nak bagi di masa depan.

Kain felt adalah material yang sangat best guna untuk buat kraf. Sangat mudah nak handle. Pendek kata, nak buat jadi 'macam ni' boleh. Buat jadi 'macam tu' pun boleh.

Kalau biasa dengar orang sebut felt craft, ni lah dia. Kraf menggunakan kain felt.

Kain felt diperbuat daripada apa? Ada berapa jenis felt? Ada saya cerita panjang lebar dalam blog ni. Boleh cari di kategori Panduan Asas Kraf Felt.

Setakat ni kami ada 36 pilihan warna kain polyester felt (jenis keras). Kami belum pernah jual acrylic felt (jenis lembut).

Siapa yang beli kain felt dengan Amal Creative nanti, kita kumpul sesama dalam satu group nak? Saya ajarkan buat felt craft sampai pandai.

Nak buat kraf sebagai hobi terapi minda, boleh. Nak jadikan aktiviti masa lapang dengan anak-anak, pun boleh insyaAllah.

Nak buat duit tepi dengan felt craft? InsyaAllah lagi lah

Monday 5 October 2020

Printer Untuk Cetak Shopee Airway Bill

Barang wajib ada untuk berniaga di Shopee adalah PRINTER. Ada pelbagai jenis mesin pencetak dengan spesifikasi berbeza di luar sana.

Saya pilih laser monochrome printer jenama Brother, model HL-1210W. W bermaksud ada wireless function. Boleh cetak tanpa perlu sambungkan laptop. Hanya gunakan aplikasi di smart phone untuk cetak dokumen yang diperlukan.


Sebelum beli apa-apa printer, sebaiknya kita jelas kita beli printer untuk kegunaan apa. Perlu kah printer berwarna? Perlu kah printer dengan fungsi scan?

Saya perlukan printer untuk cetak dokumen hitam putih saja. Jadi printer compact dengan fungsi asas sudah cukup memadai.

Model ni mudah saja nak set up. Print speed bagus. Laju. Rupa paras kemas dan comel. Ringan. Mudah saya nak alih untuk sapu habuk bila mengemas.

Harganya RM295 waktu saya beli. Mampu milik. Sangat sesuai untuk kegunaan mereka yang baru mula nak berniaga online.

Hampir setiap hari saya gunakannya untuk print air waybill Shopee dan dokumen-dokumen kerja. Guna untuk print worksheet anak-anak pun ya.

Bagi yang masih tercari-cari printer untuk kegunaan home office, boleh pertimbangkan printer Brother HL-1210W.

Selama dua tahun guna, Alhamdulillah baik-baik saja. Tak ada masalah.

Tuesday 29 September 2020

Sembang Mamapreneur

Semalam. Sembang hingga larut malam.

Terima kasih Kak Sheila Rosilawati Wahid, belanja minam minam. Terima kasih juga Huda Ahmad jadi 'tuan rumah' untuk kita sembang-sembang mamapreneur.


Lama tak bersua. Kali pertama dan terakhir jumpa Kak Sheila dan Huda adalah di Masjid Besi sewaktu depa buka booth busy book empat tahun lepas. This time again di Putrajaya.

Seronok sangat dapat bertemu mata, berlaga lutut dengan rakan sealiran kraf kreatif yang ada same vision and same growth mindset. Haku sentap banyak kali dek kena zasss sana sini dengan depa.

Ahaha. It's ok then. Saya suka dan saya terima dengan hati terbuka. Memecahkan buih-buih andaian palsu yang membelenggu dan merantai kuat seorang so-called perfectionist. Gittew.

Dapat banyak new great ideas dan dapat banyak new valuable insight. Balik tu terus zup zap rangka next action plan.

Jam 3 pagi baru dapat lelapkan mata lepas dah tulis luahkan semua dalam buku nota. Tak mampu nak simpan dalam kepala. Risau pufff meletup lalu terbang ke awang-awangan. 😅

MasyaAllah tabarokallah. Alhamdulillah for this amazing and meaningful opportunity.

*Dear Huda and Kak Sheila,

Bila nampak kita malas-malas nak gerak atau no new updates, tolong call dan azankan kuat-kuat tepi telinga. Please. 😎😆

Friday 4 September 2020

Wooden Name Keychain


Contoh kegunaan tiny fimo slice. Lekat pada huruf-huruf kayu keychain nama. Kakak Insyirah buat sendiri 100%. Umur tujuh tahun. Biasa lah tu senget sikit susun huruf. Tapi ini pun dah cukup cantik dan elok di mata Mama. :)

Mama habaq kat Kakak:
"Good job, Kakak! Ini namanya seni."

Next time kita buat seni yang lurus pulak.

Wednesday 2 September 2020

Face Mask Extender


Sweet kan bila dah siap jadi face mask extender. Guna butang kayu 15mm dan pink elastic bands. Kedua-dua bahan ni saya ada jual di Shopee. Boleh dapatkan di Shopee Amal Creative. :)

Wednesday 8 July 2020

Shopee Amal Creative

Assalamualaikum.
Hai semua, apa khabar? :)

Saya kongsikan di sini.
Link kedai Shopee rasmi Amal Creative.

shopee.com.my/amalcreative

Boleh buat belian terus di aplikasi Shopee.
Atau boleh buat belian di website.

Tuesday 7 July 2020

Shopee 6 Julai 2020


Alhamdulillah. Terima kasih semua yang membuat belian di Shopee. 49 bungkusan. 43 guna J&T. Baki 6 guna Poslaju. Jom sambung kerja! :) Gambar saya simpan di sini buat kenangan dan motivasi.

Monday 8 June 2020

Timbunan Parcels


Semalam saya pi jugak J&T. Pos parcels untuk siapa yang order Jumaat selepas jam 2pm.

Biasa saya pos minggu berikutnya. Tapi kali ni sebab saya seram kot tak mampu nak handle parcels banyak, saya pun usaha lah selesaikan dulu separuh.

Yang ada di Shopee pagi ni, tinggal banyak ni. Alhamdulillah syukur sesangat hari ni cuti umum. Tak lah stress sangat nak kena rushing kejar masa. 😅

InsyaAllah sekejap lagi saya selesaikan semua parcels yang berbaki. Sambung reply whatsapp selepas habis bab packing ya.

Pos esok pagi. Kalau ada baki butang, saya akan inform di Facebook page Amal Creative dan update semula di Shopee.

Kena follow and like page kami.
Saya prefer update stock di sana.

Ok nak sambung menyelam.
Dalam lautan butang. 😆 

Thursday 14 May 2020

Face Mask Extender For Men


Saya tukar guna material ribbon pula untuk bahagian talinya. Pun selesa dan lembut di kepala. Tak sabar tunggu feedback beliau. Model haruslah suami sendiri kan. :p

Thursday 30 April 2020

Monday 27 April 2020

Felt Face Mask Extender

Jahit apa hari ini?


Tiga unit face mask extenders!

Merah jambu untuk kakak.
Biru Mama punya.
Hijau untuk abang.


Cepat dan mudah jahit face mask extender. Boleh gunakan

Saturday 25 April 2020

Nota Seminar GYB Hasbul Brothers

Nota daripada Seminar Grow Your Business.
Oleh Hasbul Brothers. 22 April 2020.


Bila buat bisnes, kita mesti ada GYB:

[G] Goal
Beranikan diri tulis matlamat di luar keselesaan kita. Bila terjun ke dunia bisnes, kita bukan nak hidup biasa-biasa.

[Y] Big Why
Mesti jelas. Apa motivasi utama bisnes yang dilakukan sekarang? Mahu rumah besar? Kereta idaman?
Motivasi bersifat materialistik adalah motivasi rapuh. 
Motivasi yang kekal lama disandarkan kepada nilai kemanusiaan dan mampu menyumbang kepada agama.
Kita hidup di dunia untuk beri value pada orang sekeliling.

[B] Berani Bertindak
Matlamat dan motivasi saja tidak cukup. Mesti ada keberanian untuk bertindak dan berubah. 

Antara nota sentapan yang sempat dicoret:

"Andai bertahun-tahun buat bisnes tapi masih gagal menyimpan duit, kita bukan buat bisnes. Tapi buat penat."
"Ekonomi lembap tak apa lagi. Namun jika otak dan tindakan kita lembap, itu masalah besar."
"Orang berilmu belum tentu beradab. Orang beradab sudah tentu berilmu."
"Antara fasa paling bahaya dalam bisnes: Fasa pertama kali berjinak-jinak dengan duit yang banyak. Kita mudah menjadi orang lain."
"Alas paling buruk dalam dunia adalah alasan yang kita cipta untuk sedapkan hati kita."

Dan lagi.

"Success requires energy."
"Mata helang nampak peluang. Mata lalat nampak masalah."
"Orang lain pandang rendah pada kita tak apa. Ia tak beri kesan apa-apa selagi mana kita tak pandang rendah pada diri sendiri."
"Perlu ada kebaikan diri yang disembunyikan untuk memupuk kerendahan hati sebagai hamba. Simpan kebaikan sepertimana kita simpan keburukan."

Renung-renungkan.
Fikir-fikirkan.

#BangsaPejuang
#HasbulBrothers

Monday 30 March 2020

Batu Seremban Comel

Batu seremban tujuh biji. Material luar daripada cotton. Isian batu kecil akuarium. 1 set disertakan dengan 1 uncang linen.






Thursday 13 February 2020

Jual Keychain


W: Mama, kawan nak order keychain boleh?

M: Kat sekolah tak boleh menjual kan?

Dapat Mama super skema. Begitulah.

W: Takpa, jual je. Nak berniaga, hati memang kena kental. Tak payah peduli apa orang nak cakap.

What? Peraturan tu kot.

Terbuntang mata Mama tengok Walidnya boleh cakap lagu tu. 😳

M: Macam ni. Cakap kat kawan tu, nanti habis sekolah baru bayar. Waktu mak dia datang. Keychain pun Mama bagi waktu tu.

W: Ok Mama.

😄 Alhamdulillah dah siap keychain kawan anak. 8 juta kali dipesannya nanti jangan lupa bawa keychain. Ahahaha..

Friday 7 February 2020

Amal Creative Di Shopee Singapura


Bungkusan pertama.
Bulan pertama.
Order dari Shopee Singapura.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Semoga selepas ini lebih banyak jualan Amal Creative di Shopee Malaysia dan Shopee International. Buat rakan-rakan crafters di Singapura, boleh lawati kedai Shopee kami di link https://shopee.sg/amalcreative.sg. Cuma sayang, produknya tidak dikemaskini seperti Shopee Malaysia.

Tuesday 21 January 2020

Isian Batu Seremban


Pekerjaan hari ni. Sambung isi batu sungai kecil dalam kantung batu seremban. Batu tu beli di Shopee. Murah saja harganya. Saya beli 1 kg. Habis isi batu, jahit penutup.

Buat sesambil teman anak-anak bergusti dan main bola. Ahaha. Mama tak kuasa lah nak masuk campur permainan lelaki ni. Mama dok tepi, memantau saja. Asal bukan bahaya, boleh mencederakan fizikal atau emosi, hampa main pi lah tungging terbalik kot mana pun.

Lagi satu syarat, jangan langgar perabot atau rak barang office Mama. :D

Sunday 19 January 2020

Me Time Dengan Menjahit

Biasanya me time hujung minggu, saya minta izin daripada Encik Suami nak tidur 3-4 jam tanpa gangguan anak-anak. Dah kenapa kena minta? Tidur saja lah kan? Haha. Itu minta tanda hormat dan maklumkan. Supaya beliau lebih aware. Dengan lelaki, memang kita perlu cakap terus terang.

Jadi hari ni saya minta lain sikit. Minta beri saya ruang untuk mantopkan kemahiran menggunakan mesin jahit. Maksudnya nanti bila anak berempat nak apa-apa, mohon semua rujuk Walidnya. Jangan panggil Mama. Gitu. Hee..


Siap. Allah izin dapat hasil jahitan banyak ni. Alhamdulillah. Bahagia rasa.

Dari lepas Zohor hingga Maghrib. MasyaAllah memang sungguh tak sangka dapat siap banyak macam ni. Ok what, for beginner level. Rasa lebih yakin nak kendalikan mesin walaupun nervous masih bersisa. 😅

Masuk Isyak, terus rasa rindu anak-anak. 'Bateri' Mama dah fully recharged. Alhamdulillahillazi bi ni'matihi tatimmus soolihaat. Mama dah bersedia untuk minggu baru.

Bekerja dan berniaga sendiri di rumah. Ini antara kisahnya.

Mesin Jahit Dan Saya

Antara perkara yang menakutkan: Mengendalikan mesin jahit.

Saya jarang guna. Sebab tu lah tu. Takut. Takut paling besar adalah takut tak boleh nak urus perasaan yang nak sempurna segala.

Nak tak nak, mesti selalu praktis terima dan berlapang dada terima apa saja hasil yang terjadi.


Bertenang Amal. Bertenang.

Ini semua proses. Setakat sekali dua menjahit guna mesin dalam setahun, mana mungkin nak dapat jahitan kemas. Nak tunggu sempurna, mungkin kena tunggu 10 tahun lagi baru hang punya set batu seremban tu siap, Amal..

Dah lah standard piawaian 'sempurna' kita tu terlalu tinggi. Jenuh.

Friday 17 January 2020

Kraf Kreatif Daripada Plat Kayu


Ini namanya menjadikan minat dan hobi sebagai sumber pendapatan. Jadikan sebagai terapi pun iya juga. 😍 Jom jom jommm sesama pakat cuba buat! 😊 Semua bahan ada di kedai Shopee Amal Creative.

MasyaAllah, seriously saya berkenan tengok gambar ni. Adakah disebabkan ada nama sendiri? Haha.

Wednesday 15 January 2020

Lain Ditempah, Lain Diterima



Emm huhu. Nak nangis lah pulak rasa.
😥😥😥

Order warna lain. Sampai warna lain. Tak sama macam batch pertama dulu.

Warna purple dan pink terang tak ada. Warna biru dan kuning jadi soft pastel. Tak terang macam sebelum ni. Ya ya, cantik juga kombinasi warnanya. Cuma kesal dan geram bila tak dapat seperti apa yang kita order. Bila timbang, pun tak cukup 6g.

Ambil iktibar dan pesan pada diri sendiri. Bila berniaga mesti jujur dan patuh pada janji. Jangan zalim pada pelanggan. Hmm satu lagi risiko bila order dari pembekal yang jauh, beginilah. Be prepared.

Friday 3 January 2020

Rainbow Alphabet Beads


Amacam? MasyaAllah, cantik sangat kan. First batch bawa masuk sikit saja. Sendiri tak sempat guna rainbow beads ni. Dah habis licin dan tak cukup pun. 😅 Saya sedang menunggu batch kedua untuk sampai.