Sunday 27 October 2019

Keychain 1000pcs


Keychain 1000 pcs.

Daripada pek borong dari kilang, saya keluarkan, pilih, asing dan kira satu persatu keychain yang elok sifatnya. Cuma.. Tu lah.. Banyak betul guna plastik. Huhu. Plastik ni saya guna semula daripada plastik barang yang saya borong dari supplier besar.

Waktu terima parcel, saya keluarkan barang dari plastiknya elok-elok. Saya simpan plastik dalam kotak. Kemudian gunakannya semula bila perlu.

Dah tak dapat nak berhenti terus guna plastik, saya cuba usaha guna semula dan kurangkan penggunaannya untuk barang yang bersesuaian. InsyaAllah.

Wednesday 23 October 2019

Mini Puzzle Keychain


Background mana yang lebih ok?
Hitam atau putih? ;)

Boleh letak magnet di belakang.
Jadi fridge magnet.

Atau tebuk lubang untuk sangkut split ring.
Kemudian sambung keychain.

Untuk yang penakut mesin drill macam saya, kena cari triangle arrow yang ada lubang tu. Gam di belakang untuk sangkut split ring.

*Benda besi triangle tu saya dah order.
Harap next week sampai.

Tuesday 22 October 2019

Sweet Hijab Pin Rolls


Siap lima rolls yang baru malam tadi. Hari tu tak sempat masuk ke Shopee. Rakan-rakan Fb beli dulu. Terima kasih semua. 

Cute Wooden Keychain




Contoh keychain menggunakan oval wooden pendant saiz (tinggi) 30mm atau bersamaan 3cm. Semua bahan nak buat keychain macam ni ada di Shopee Amal Creative. 😊

Tuesday 8 October 2019

Felt Gulung

Saya kurang gemar dan kurang senang bila terima kain felt yang dilipat atau terlipat. Rasa macam.. Ishhhh supplier ni, awat lah pi lipat? Satu kerja pula nak kena iron semula. 😁

Maka bila diri sendiri dah jadi supplier kain felt, insyaAllah saya akan pastikan felt yang pelanggan terima pun tak terlipat. 😎

Biasanya yang gulung macam di gambar tu, bilangan helaian kain felt tu kurang dari 20pcs. Saya cuba gulung sekemas mungkin supaya tak senang dilenyek dengan bebanan parcels lain di Poslaju. 😊


Thursday 3 October 2019

Kedai Amal Creative?

"Sis, kedai sis kat mana ya? Boleh saya pergi pilih-pilih barang. Lagi seronok dapat pilih depan mata."

Alhamdulillah. Soalan kategori kerap ditanya. :)

Sejujurnya dengan mempunyai personaliti introvert yang lebih dominan, saya belum ada impian atau perancangan mahu buka kedai. Selesa begini.

Buat masa ini, kita berjual beli secara online saja ya. Kami belum ada kedai. Kami beroperasi sepenuhnya dari rumah. Sejak 2010 hingga sekarang.

Facebook page ada.
Shopee ada.
Instagram pun ada.
Mahu order, boleh whatsapp 0109034560.

*Masa depan belum tahu. Mungkin akan muncul hari saya tiba-tiba berubah hati mahu ada kedai fizikal.