Monday 30 September 2019

To Let Go: Popsicle Sticks

Saya ada baaaaaaaanyak sangat popsicle or ice cream stick. Pelbagai saiz. Ada panjang, ada pendek. Ada natural colour. Ada rainbow colour.




Siapa nak? Saya nak clear semua ni. Bagi harga murmur je. Kalau ada kawan-kawan yang tengah cari benda ni, tolong inform mereka. Jom tolong kawan.

Saya nak kena sort out dan bilang ada berapa pack untuk tiap saiz. Nanti saya bagi senarai harga.
Popsicle stick yang dah terkeluar dari ikatan tu pun nak kena susun molek semula. Waktu dapat dari supplier dulu memang dah terburai gitu dalam kotak. Geram rasa sampai terus takda semangat nak jual seterusnya peram berbulan.

Siapa berminat boleh whatsapp saya terus ya. Nanti saya reply. Nak setel benda ni dulu tau. (Plus nak menyukat jalan, masak, golek dengan baby, terpengsan tanpa sengaja etc) 😂

Whatsapp 0109034560.

Sunday 29 September 2019

Supplier Kami?

Kebanyakan stok kami dari mana?
Ramai juga yang cuba korek cerita nak tahu.

Tak apa. Boleh saja nak kongsi. Tak ada masalah.
Kebanyakan stok kami ambil barang terus dari China.

Walaupun Amal Creative memang bekalkan material kraf import dari China, banyak juga item lain yang kami ambil stok daripada pembekal Muslim tempatan. Kawan-kawan kami juga semua tu. 😊

Lagi senang dan lagi cepat dapat stok. Nak berurusan pun jauh lebih mudah sebenarnya. Dan itu salah satu cara kami saling sokong dan dokong bisnes sesama rakan niaga di Malaysia. ❤️

Friday 27 September 2019

AWB Shopee Bertukar

Elok sangat.

Daripada 2 keping - 4 salinan,
jadi sekeping - 2 salinan.

Jimat kertas.
Jimat dakwat pencetak.

Mula-mula tu terkejut juga. Ingat kan tersalah setting printer. Kenapa lain macam AWB Shopee ni. Tak up to date sangat kisah semasa Shopee. Tahu print AWB bila ada order saja.

Rupanya bila baca announcement semasa, baru lah tahu cerita sebenar. Memang dah guna setting baru. Benda baik. Kita support. :)


Thursday 26 September 2019

Wooden Black Plate Kembali


Alhamdulillah yang dinanti-nanti sudah kunjung tiba. Lama benda ni tak ada. Ramai request supaya kami bawa masuk semula. Alhamdulillah again, dah ada. Ada sedikit kelainan kali ni. Boleh rujuk pada gambar di atas.

Beza pada lubang tu saja. Yang lama lubang kecil. Yang baru lubang besar. Panjang plat ni masih sama 7.4cm. Harga pun sama. 10pcs RM5. Untuk 100pcs, Amal akan bagi less. Boleh whatsapp untuk order. Nombor kami 0109034560. Boleh juga order di Shopee Amal Creative.

Ada yang nak diy keychain set?
Saya buatkan juga nanti insyaAllah

Tuesday 17 September 2019

Hiasan Reben Di Kasut


Anak-anak dapat sambung lagi cuti sekolah. Bacaan IPU dah cecah tahap sangat tidak sihat. Jadi pagi ni Mama luang masa buat aktiviti kraf bersama depa.

Siapa ada Instagram, boleh follow @amalcreative. Tengok di Instastory. Mama ada share cara nak buat bow ni. Kakak yang gam lipat-lipat. Mama ambil video ja.


Kasut Mama sebelum dihias.


Sesudah dihias. :)


Boleh guna gam B7000 atau F6000 untuk lekatkan reben ni atas kasut. Biarkan selama 24 jam sebelum pakai semula kasut. Lebih lama dibiarkan, lebih kuat kesan lekatan.

Sunday 15 September 2019

Glitter Alphabet Keychain


MashaAllah. Tudiaaaaa..
Meghelit-ghelit sangat ka?

😄😄😄
Anak dara saya berkenan lit lit lagu ni.

Tiny Fimo







Tiny fimo baru restocked.

Siapa cakap beliau pening tak tau nak pilih tiny fimo yang mana almaklumlah semua pun super comel, saya cadangkan ambil je lahhh pek campur-campur macam ni.

InsyaAllah selesai masalah pening tu.
😄

Kegunaan Tiny Fimo

Contoh kegunaan tiny fimo.

Cuba  teka. Kat fridge magnet ni, mana satu tiny fimo? 😄 Betul. Yang berbentuk bintang warna pink and purple.

Oleh kerana saiznya halus kecil, tiny fimo ni membantu menyerikan, mengindahkan dan memenuhkan ruang kosong pada hasil kerja kita. 😍

Friday 13 September 2019

Soalan Lazim Tentang Kraf Felt

Baik, sebagai permulaan.

Saya nak kongsi dulu FAQ atau soalan paling kerap ditanya berkenaan kraf felt. Soalan ni semua saya sendiri biasa dapat. Sama ada melalui Facebook, Whatsapp, Instagram mahupun komen di blog.

Contoh soalan:

Apakah itu kain felt?
Berapa jenis kain felt?

Apakah kegunaan kain felt?
Apakah contoh kraf menggunakan felt?
Apakah jenis produk kraf felt?
Contoh produk felt terbaru 2019?

Bagaimana mahu jahit felt?
Apa jenis jahitan sesuai untuk kraf felt?
Bagaimana nak mula jahit felt?
Tutorial kraf felt?
Projek ringkas menggunakan felt?

Apa alat dan bahan untuk mula jahit kraf felt?
Ada tak starter kit untuk kraf felt?

Kain felt dijual di mana?
Kain felt boleh dibeli di mana?
Apa link online shop yang menjual felt?
Di mana kedai fizikal yang menjual felt?
Di mana boleh borong kain felt?
Penjual dan pemborong kain felt Malaysia?

Yang lagi advance, soalannya seperti berikut:

Bagaimana nak mula bisnes kraf felt?
Bagaimana nak iklankan dan jual produk kraf felt?
Siapa target customer kraf felt?
Apakah produk felt yang paling laris dijual?
Produk hari guru menggunakan kraf felt?
Bahan bantu belajar menggunakan kain felt?

Banyak lagi soalan sebenarnya.

InsyaAlah selepas ini saya akan kongsi dan cerita satu persatu. Senang. Lain kali bila ada yang tanya, Amal minta baca terus dan rujuk di blog ni. Semua maklumat ada insyaAllah.

Panduan Asas Kraf Felt di Amal Creative.

Amal Creative 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tetiba rasa rajin nak buat logo Amal Creative yang baru. Kembali menggunakan warna merah jambu sebagai warna utama. Dipadankan dengan warna putih suci.

Sebagai latihan untuk mengurangkan sikap perfectionism, Amal ambil keputusan untuk create saja logo di dalam aplikasi Canva. Belajar menerima dan berlapang dada dengan kekurangan pada gambar.

Ahaha, agak sukar. Namun berjaya pejam mata. Jalan terus.

Upload! Siap. Alhamdulillah.

Beginilah hasilnya kerja design 15 minit.
Ya Amal tahu, simple saja. Lebih baik begitu. Bulat melambangkan butang. Garis pendek putus-putus melambangkan jahitan. Manakala huruf A semestinya merujuk kepada nama Amal :)

Ada lebih kurang tiga bulan lebih saja lagi sebelum masuk tahun 2020. InsyaAllah Amal Creative bakal membuat come back dalam bidang kraf kreatif.

Tuesday 10 September 2019

DIY Set: Cute Baby Brooch


Assalamualaikum.
Selamat pagi.❤️

Ada sesiapa nak cuba mula berniaga dari rumah dengan modal yang rendah?

Saya cadangkan buat baby brooch comel.

Beli bahan RM19.00
*Free shipping di Shopee.
*Jimat kos pos RM8.00
*Link di komen pertama.

Jual semula 1pc RM1.00
*50pcs dapat RM50.00
*Tolak kos lain katakan RM6.00

Jadi RM50.00 - (RM19.00 + RM6.00)
*Ada untung RM25.00

Modal dapat balik.
Untung insyaAllah pun dapat.

Dengan izin Allah.

Nak cuba? 😊

Monday 9 September 2019

Shopee Amal Creative


Selamat pagi ❤️

Seronoknya hari ni.
Hari cuti tapi boleh masuk kerja.

Target hari ni satu saja. Nak upload semua jenis resin yang ada masuk ke Shopee. Sambil tu update stok.

Ada orang tanya. Dengan Amal tak boleh beli macam biasa di whatsapp ke? Amal jual di Shopee saja ke?

Jawapannya, boleh je nak guna whatsapp pun. Cuma perlukan kesabaran menunggu saya reply. Lebih-lebih lagi waktu cuti. Saya prefer Shopee. Dapat jimat banyak untuk kos pos. Lagipun memang senang sesangat guna Shopee.

Jadi saya nak ambil kesempatan di sini nak bagitau. Sempena 9.9 Super Shopping Day,  Amal Creative nak bagi offer jimat dan berbaloi.

Ada diskaun best untuk kain felt, resin dan wooden alphabet. Alphabet buttons pun ada diskaun tau.

Hanya di Shopee ya.

Friday 6 September 2019

Kedai Shopee Kami



Our humble Shopee shop ❤️
Jemput follow dan shopping.

Sekarang pembelian minima RM9 pun boleh dapat free shipping. Sesiapa yang dah lama nak try our polyester felt tu, definitely now is the best time to have it. 😊

Belajar Sulam Tangan

Selepas cuba jahit bunga sulam di kain felt, saya cuba jahit atas synthetic leather pula. MasyaAllah, boleh ralit jadinya menyulam tangan. Seronok sungguh.

Beginner level menyulam. Ok lah kan macam ni. Ada rupa macam apa? Hee..


Saya search tutorial sulam bunga dalam Youtube. Taip saja sulaman tangan bentuk ros. Banyak tutorial akan keluar. Lepas tenung telek dengan tekun dalam 4-5 tutorial, saya cuba jahit dulu atas kain felt. Bila dah yakin, baru pindah jahit atas material projek yang nak dibuat.

Hmm ada ke rupa ros ni? :D


Suka-suka hati saja jahit daun. Itu yang terfikir. Tak kuasa nak belek Youtube dah tengah malam tadi. Selagi tak siap rasa tak boleh lelap mata. Haha. Alhamdulillah jam 1 pagi semalam siap keychain sebiji untuk diri sendiri.


 A untuk Amalina 🌹 Alhamdulillah. Jarang sebenarnya jahit barang untuk diri sendiri.


Waktu saya ke Taman Kaktus, Royal Floria Putrajaya 2019, saya sempat ambil gambar outdoor. Suka sangat gambarnya. Guna natural lighting. Siap background pokok kaktus. :D

Monday 2 September 2019

Tips Menghasilkan Pola Dengan Pantas


Bila hang nak jimatkan dakwat mesin pencetak untuk dapatkan pola. Siapa biasa buat macam ni juga? :p Mohon mengaku bersama.

Hasil survey di Facebook, saya mendapati bukan saya seorang sahaja yang menekap pola terus di skrin gajet. Haha. Adjust gambar sebesar mana saiz pola yang dikehendaki. Kemudian, letak kertas di atas skrin dan mula proses tekapan.

Boleh nampak ke? Dah tentu! :) Jimat masa pun ya. Contohnya saya yang nak pola huruf I satu saja, sangat menjimatkan masa bila buat cara ni.

Initial Name Keychain




Keyring huruf daripada felt.
Ditambah juntaian manik nama.
Juga metal charm.

Mama buat ni untuk the one and only little princess. :)

Sunday 1 September 2019

Azam Jahit


Azam baru. Tetiba.

Setiap dua minggu, belajar satu perkara baru tentang jahitan.

Ini kira sebahagian daripada me time.

Nak buat setiap seminggu, rasa macam too ambitious. Sedar diri macam mana. Hee.. Jadi hari ni, belajar sulam bunga ros. Guna jarum dan benang jahit biasa. Jahit atas kain polyester felt.

Saja suka-suka. Tambah kemahiran.