Wednesday 31 January 2018

Hadiah Untuk 'Beliau'

Istimewa untuk beliau yang banyak berusaha dan berkorban demi keluarga kecil kami. ❤️





Mudah saja untuk buat wooden signage macam ni. Gunakan popsicle sticks, gam tembak dan hiaskan dengan huruf kayu dan flatback resin. Antara idea aktiviti kraf yang sesuai untuk dibuat bersama kanak-kanak.

Tuesday 30 January 2018

Hadiah Untuk Diri Sendiri

Konon nak duduk diam menghitung hari. 
Konon close handmade order. 

Tapi ni terasa gatal-gatal jari nak hasilkan something pulak. Sejenis yang tak reti nak duduk sesaja. Lalu terhasillah 'hadiah' untuk diri sendiri. Lama dah cadangnya nak buat. Alhamdullillah baru kali ni berjaya direalisasikan dengan jayanya.






Senang saja nak buat ni. Boleh gantung di pintu. Atau letak atas meja. Sesiapa nak order boleh sesangat. Nanti lepas ni nak buat banyak design lagi.

Kalau nak DIY pun boleh tau. Di Amal Creative ada jual semua bahan-bahan nak buat popsicle stick craft ni. Butang huruf ada. Resin dan butang comel ada. Popsicle stick ada. Gam untuk lekatkan pun ada. Whatsapp saja Cik Amal 0192111934.

Monday 29 January 2018

Frosted Leaves


Alhamdulillah hari ni sampai stok dedaunan berguguran atau nama glemer dia frosted leaves. Ada beberapa jenis design. Malam ni saya ambil gambar dan upload di Facebook page Amal Creative. InsyaAllah.

Friday 26 January 2018

New Planar Resin


Keep calm.
Be different.
Stay humble.

Salam Jumaat ❤️

Wednesday 24 January 2018

Muslimah Applique & Resin

Di Amal Creative, kita ada dua jenis material untuk design kartun muslimah. Satu jenis daripada plastik (planar resin) dan satu lagi jenis dari kayu. Kedua-duanya memang menjadi hot sellling items.



1 pack ada 100 pcs. Design diberi secara rawak bercampur-campur. Harga kedua-dua jenis adalah sama (seperti tertera di gambar). Untuk dapatkannya, boleh terus whatsapp 0192111934.

Monday 22 January 2018

Keychain Nama PVC


Tempahan akhir sebelum cuti panjang kali ni. Tapak keychain ni semua saya guna pvc. Tengahnya ada lapisan cardboard. Huruf comel warna-warni boleh dapatkan dari Amal Creative.

Untuk makluman, sekarang ni semua tempahan ditutup buat sementara waktu. Sehingga bila? Sehingga saya beritahu kelak. InsyaAllah lepas ni cuti berpantang selama dua bulan sebelum bersedia terima tempahan kembali. :)

Saturday 13 January 2018

Mencari Polyester Felt Atau Felt Keras?

InsyaAllah esok dah boleh mula dapatkan polyester felt ni di Amal Creative. Ada hadiah istimewa untuk setiap pembelian set 30 warna.

Alhamdulillah lega sesangat tau bila dah siap susun buat kod bagai ni. Mudah lah anda semua nak pilih nanti. Harga berpatutan untuk felt yang berkualiti. InsyaAllah semestinya Cik Amal cari kain terbaik untuk kegunaan crafter di Malaysia ni.

Thursday 11 January 2018

The Making Of Brooch

Sekali sekala. Layan juga buat brooch ni. Ralittt main gam gitu.



Tapi macam Cik Amal ni kan kalau buat brooch, jadi cepat betul mengantuk. Kiki. So lepas gam setiap 50 pcs biasanya mesti kena bangun jalan-jalan pusing rumah dulu. Regangkan otot dan urat. Sambil sedut oksigen sebanyak mungkin. 😄


Untuk gamkan pin brooch kepada applique kayu atau plastik, Cik Amal prefer guna gam kraf. Sama ada B7000 atau F6000. Lepas tu biarkan ia mengering 24 jam supaya ia lekat kuat.

Bila gam dah kering elok, ketatkan pula hujung pemegang jarum pada pin (guna plier) supaya besi tu pegang pin kuat. Maksudnya tak mudah tercabut lah pin tu nanti.



Tapi bukanlah nak cakap 100% tak kan tercabut punya bila dah ikut sop ni. Ada di antara kita yang dikurniakan kekuatan luar biasa. Orang lain guna ok saja. Tapi bila beliau guna, baru tekan pin, eh tertanggal pula jarum. Huhu.

Ok, mana nak cari gam kraf tu? Kadang-kadang boleh cari di kedai jahit. Nak lebih senang, cari Cik Amal. Kita pos terus ke pintu rumah anda.



😎 Nak gam B7000 25ml RM9.00 ada. 
F6000 30ml RM10.00 pun ada. 

Habaq mai saja nak berapa tiub.
Whatsapp Cik Amal 0192111934 okeh.

Tuesday 9 January 2018

Stok Baru Polyester Felt 2018

Assalamualaikum.
Hai, selamat pagi semua! 😊

Stok baru.
Panas-panas.

POLYESTER FELT.
Atau nama lain dia felt keras.



Tebal 1.2mm.
Saiz standard 30cm x 30cm.
Ada 30 pilihan warna cunsss.
Kualiti kain memang best.
Cik Amal dah cuba jahit.

Boleh pilih warna mana berkenan.
Atau boleh ambil 1 set 30 warna terus.

Monday 8 January 2018

Transport Resin

Cakkk! Comel ke sangat comel resin ni semua? Rare kan?


*Saiz resin ni besar.
*Lebar 3cm x tinggi 2cm gitu.

Siapa nak boleh whatsapp nombor Cik Amal 0192111934. Nak 1 set yang ada setiap jenis kenderaan tu pun boleh. 😊

Monday 1 January 2018

Penutup 2017

Alhamdulillah! Penutup 2017 yang membuatkan hati riang berbunga-bunga ros. 😍 Cuba teka, apa benda dalam 2 guni tu?







Dapat teka? ;)