Thursday 29 November 2018

Keychain Nama Plat Kayu




Kita cuba guna kesemua jenis koleksi huruf daripada material kayu dan butang plastik. Semuanya kami ada jual dan boleh dibeli secara loose per pack. :) Personally saya suka keychain nama yang ringkas macam ni. Dia dah cukup colourful. Dan nampak sangat ceria bila digandingkan dengan plat hitam.

Friday 23 November 2018

Keychain Nama PVC


Lama dah siap ni. Baru nak upload.

Menggigil juga waktu nak menjahit balik. Lama tinggal memang jadi lagu tu. Bila dah siap seketul dua keychain baru lahhh rasa berfungsi elok balik jari-jemari ni cucuk jarum, tarik benang.

Memang syok perasaan waktu menjahit dengan tangan. Sambil nyanyi lagu Nissa Sabyan dan Maher Zein haha. Tenggelam dalam dunia sendiri.

Anak-anak sengeh-sengeh tengok Mama. Tanya depa pasaipa. Depa tanya balik, awat Mama menyanyi?

Itu lah namanya kebahagiaan,
wahai anak-anak.

Wednesday 21 November 2018

Stok Baru Butang Huruf Plastik

Assalamualaikum. Hai semua. Alhamdulillah kami dah restock plastic alphabet buttons. Warna terang cantik-cantik semuanya. Untuk pembelian, boleh terus whatsapp ya. Klik terus link ni www.wasap.my/60109034560 :) Harga seperti tertera di gambar.

Friday 16 November 2018

Thursday 8 November 2018

Transport And Emoji Craft Buttons

Ya Allah.. Terujanya! Sungguh teruja. Butang yang dinanti-nantikan dah muncul. Ramai sangat sebelum ni cari butang tema kenderaan. Alhamdulillah kita dah bawa masuk stok istimewa kali ni.


Wednesday 29 August 2018

Huruf Kayu Comel

Tips nak mulakan awal pagi dengan ceria dan bahagia: Pandang benda-benda comel yang ada di sekeliling kita. 😊 Contohnya huruf kayu comel ni.

Tuesday 28 August 2018

Hadiah Sifu


MashaAllahhhhh..
Comelnya! 😍😍

Tengok sendiri depan mata lagi berganda comel berbanding tengok di gambar Facebook okeh. Terima kasih banyak Aya Love Buttons hadiahkan ni. Excited betul rasa! 😆

Pin Bar 15mm


Mudah. Letak terus plat nama atas barang. Ganti watermark. Jimat masa tak perlu nak edit guna Phonto atau Snapseed . 😄

Ini pin bar 15mm 10k sampai sekali dengan huruf-huruf kayu comel. Boleh dah borong. Siapa di Bangi, boleh datang ambil di rumah on weekend.

Sunday 26 August 2018

Borong Resin


Meh ramai-ramai tenung gambar. Ada lebih 80 jenis design kat situ. Ambil borong 1k, rasanya dapat lah semua jenis yang ada tu. :) Whatsapp 0109034560 untuk tempahan. Atau boleh terus klik link ini www.wasap.my/60109034560.

Wednesday 30 May 2018

Resin Baby Brooch For Sale




Yang saya cerita nak siapkan hari tu. Daripada 10 kotak, Alhamdulillah now tinggal 4 kotak. Kot ada mommy nak hadiahkan untuk puteri solehah masing-masing atas usaha puasa penuh bulan Ramadan ni. Mesti anak-anak suka. 😉

Klik terus sini ya:

Tuesday 22 May 2018

Super Cute Resin Baby Brooch

 



Badan dah mula menyesuaikan diri. 

Alhamdulillah dah tak ada kejadian gigil-gigil atau hampir pitam di siang hari. Rasa segar sangat nak buat kerja rumah dan kerja-kerja kraf. 

Target hari ni: Nak siapkan 10 set brooch raya dalam bekas merah jambu yang comel.

Selamat pagi semua~ 😊

Friday 20 April 2018

Keychain Hari Guru


 


"Mama, bagi kat Abang Ci je lah."

"Abang nak buat apa?"

"Bagi hadiah kat cikgu."

"Nanti Mama buat lain. Ni Mama nak jual. Lagipun semua cikgu kat sekolah kan Abang panggil muallimah." 😅 

Memang macam tu. Apa benda kraf Mama buat, semua nak diberi hadiah. Kalau bukan untuk cikgu, untuk kawan-kawan. Hee..

Wednesday 7 February 2018

Posto Posto!

Alhamdulillah. Yeayyy! Lega yakmattt bila dapat pos semua bungkusan amanah siang tadi. Perasaan tu sama macam lega dapat lunaskan hutang. 😊


Batch penghantaran seterusnya esok insyaAllah. Nak order apa-apa, better rancang dan submit minggu ni. Next week dah sibuk nak cuti CNY.

Monday 5 February 2018

Tempahan Dies Cut Felt

Sikit atau banyak, semua itu rezqi dari Allah. Alhamdulillah. ☺️





Edd lagi seminggu. InsyaAllah masih sihat kuat bertenaga. Masih akan terus terima tempahan yang sikit-sikit, sesuai dengan kadar kemampuan.

Terima kasih semua pelanggan #AmalCreative :)

Sunday 4 February 2018

Pembekal Kain Felt Di Malaysia

Di mana nak cari kain felt?
Di mana nak beli kain felt?
Kain felt ada dijual di mana?
Di mana ada jual kain felt murah tapi berkualiti?
Siapa pembekal kain felt di Malaysia?

Jawapannya tentulah:
Amal Creative
:D

Kami ada 30 jenis pilihan warna yang cantik-cantik.
Sesuai dengan kehendak dan keperluan kraf felt anda.
Klik www.wasap.my/60192111934 untuk tempahan.




Friday 2 February 2018

Butang Bulat Warna-Warni

Butang-butang bulat yang ada macam-macam warna, macam-macam saiz yang Cik Amal tunjuk semalam tu boleh guna untuk buat buttons bouquet. Sama ada sebagai bunga tangan untuk wedding. Atau boleh letak dalam mug.




Thursday 1 February 2018

Borong Butang

A great kick start on 1st February.
MashaAllah. Thank you Allah.


Terima kasih Cikpuan yang borong butang-butang comel berwarna-warni dari #AmalCreative ❤️

Wednesday 31 January 2018

Hadiah Untuk 'Beliau'

Istimewa untuk beliau yang banyak berusaha dan berkorban demi keluarga kecil kami. ❤️





Mudah saja untuk buat wooden signage macam ni. Gunakan popsicle sticks, gam tembak dan hiaskan dengan huruf kayu dan flatback resin. Antara idea aktiviti kraf yang sesuai untuk dibuat bersama kanak-kanak.

Tuesday 30 January 2018

Hadiah Untuk Diri Sendiri

Konon nak duduk diam menghitung hari. 
Konon close handmade order. 

Tapi ni terasa gatal-gatal jari nak hasilkan something pulak. Sejenis yang tak reti nak duduk sesaja. Lalu terhasillah 'hadiah' untuk diri sendiri. Lama dah cadangnya nak buat. Alhamdullillah baru kali ni berjaya direalisasikan dengan jayanya.






Senang saja nak buat ni. Boleh gantung di pintu. Atau letak atas meja. Sesiapa nak order boleh sesangat. Nanti lepas ni nak buat banyak design lagi.

Kalau nak DIY pun boleh tau. Di Amal Creative ada jual semua bahan-bahan nak buat popsicle stick craft ni. Butang huruf ada. Resin dan butang comel ada. Popsicle stick ada. Gam untuk lekatkan pun ada. Whatsapp saja Cik Amal 0192111934.