Saturday 4 November 2017

Template Blog Baru Untuk 2017


Alhamdulillah hari ni sekelip mata Amal ter'rajin' nak tukar template blog Amal Creative. Jemu dah tengok semua template sedia ada dalam Blogger. Tak menepati citarasa sangat.

Amal sebenarnya suka simple template yang lebar dan didominasi warna putih sebagai latar belakang. This one menepati dah apa yang Amal nak cuma dia punya font di bahagian header dan menu tu rasa kureng sikit. Font untuk blog post ok just nice. Tak nak cerewet sangat nanti ambil masa lama nak pilih template baru. So ok lah yang ni. ;)

Kita tengok nanti Januari 2018 macam mana. Adakah template ni akan kekal atau sebaliknya.

Monday 13 February 2017

Aplikasi Edit Gambar Percuma

Edit gambar. Sejenis pekerjaan yang agak renyah dan mengambil masa. Tetapi ini lah dia antara perkara yang paling saya suka dan seronok mahu buat.

Aplikasi kegemaran saya untuk photo editing di smart phone ialah Snapseed, Phonto dan PhotoGrid. Kadang-kadang saya guna Canva. Canva lebih selesa digunakan di laptop.

Penting ke edit gambar supaya tampil menarik? Ya sangat penting. Bila berniaga secara online, pelanggan bergantung kepada gambar yang kita paparkan sebelum membuat keputusan sama ada mahu membeli atau tidak.

Jadi gambar yang menarik dan kemas, adalah antara faktor utama yang boleh mempengaruhi keputusan pelanggan nanti.

Dua gambar contoh di bawah ini, saya edit untuk kami letak di Instagram.


Jemput Follow Instagram kami juga. Cari saja nama amalcreative. :)

Monday 16 January 2017

Mula Perniagaan Pertama

Mahu mula berniaga buat kali pertama?

Mula dengan apa yang ada di tangan. Ini disebut berulang kali oleh mereka yang sudah lama dan  berpengalaman luas dalam industri perniagaan masing-masing.

Tidak perlu meminjam (berhutang).
Tidak perlu modal besar.

Bak kata Puan Husna Adnan dalam ebook Bisnes Kecil Mindset Besar, "Terus lakukan perkara yang menjadi kekuatan kita".

Contoh:

Puan Asiah pandai menjahit jahitan asas.
Puan Asiah boleh mula berniaga kraf felt.

Puan Maryam pandai menjahit beg menggunakan mesin jahit.
Puan Maryam boleh mula jual beg tote serbaguna.

Puan Khadijah pandai mengurut.
Puan Khadijah boleh mula tawarkan servis urutan ibu berpantang.

Puan Aisyah pandai memasak.
Puan Aisyah boleh mula jual menu sarapan pagi.

Jadi, ambil masa untuk duduk sebentar dan mula berfikir. Apa perkara yang aku mahir lakukan? Apa perkara yang aku boleh tawarkan? Apa produk atau servis yang aku boleh beri dengan setakat apa yang  ada di tangan sekarang?

Fikirkan. :)

Tuesday 3 January 2017

Tutorial DIY Kerongsang Comel

Assalamualaikum. Hai semua.

Mahu belajar buat sendiri kerongsang comel? ;) 
Hanya perlu ikuti 3 langkah mudah berikut:




Berminat mahu menambah pendapatan sampingan dengan menjual brooch comel atau resin baby brooch? Boleh dapatkan set DIY Baby Brooch dari kami. Set ini mengandungi 100pcs resin, 100pcs bar pin dan gam kuat untuk kraf. :)



Boleh juga dapatkan 1 set 100pcs resin baby brooch yang sudah siap digam dari kami dengan harga borong yang sangat berpatutan.

Whatsapp kami 010 903 4560 untuk pertanyaan atau pembelian.