Saturday 2 January 2016

Selamat Datang 2016 Yang Produktif

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah sudah berada di tahun baru 2016.

Kami doakan tahun ini adalah tahun produktif buat kita semua dalam setiap apa yang kita lakukan.
Terima kasih kerana setia mengikuti perkembangan Amal Creative dari 2010 hingga kini. Terima kasih juga untuk sokongan dan cadangan membina dari semua pelanggan kami.

InsyaAllah tahun ini kami bakal kembali aktif menawarkan material kraf bermutu buat peminat-peminat kraftangan felt khususnya. Juga kami sedang mengatur pelan untuk kembali menganjurkan bengkel.

Teruskan bersama kami di Amal Creative.

Kami mahu berikan servis terbaik buat anda pelanggan-pelanggan yang kami hormati lagi kasihi.

Salam sayang,
Amal.

No comments: