Sunday, 1 February 2015

Projek Baru. Produk Baru.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah bulan pertama di tahun 2015 sudah berlalu. Begitu pantas masa meninggalkan kita. Untuk tahun ini, Mal belum lagi mulakan projek jahit-menjahit. Mal masih dalam proses menghabiskan sesi berpantang menjahit 100 hari selepas melahirkan anak ketiga pada hujung Oktober 2014.

InsyaAllah dalam masa lebih kurang seminggu lagi tempoh berpantang akan tamat dan Mal akan mula menjahit tempahan anda. Tapiiii, tempahan terhad kepada beberapa item saja tau seperti id card holder, frame, brooch, educational toys dan soft book.

Ehhhh educational toys and soft book???
Macam produk baruuu saja kan???

InsyaAllah fokus Amal Creative 2015 adalah tentang educational toys dan soft book. Macam mana rupanya tu? Mal akan reveal sedikit demi sedikit tak lama lagi. Tunggu.. :)

No comments: