*** Love Notes ***


JANUARI 2016: Assalamualaikum dan hello semua! :)

Dapatkan panduan, tips dan tutorial PERCUMA tentang kraf felt di:

Friday, 23 January 2015

Buku Tutorial Dalam Perancangan

Amal Creative ada 3 servis:

1) Menerima tempahan jahitan kraftangan felt.
2) Membekalkan bahan dan peralatan berkaitan kraftangan felt.
3) Mengadakan kelas dan bengkel menjahit kraftangan felt.

#2 Sentiasa berjalan tak kira masa.
#1 Dibuka semula bermula Februari 2015.
#3 Dihentikan buat sementara waktu.

Untuk membantu anda yang sangat komited nak belajar menjahit kraftangan felt ni, maka dengan ini Mal sedang berfikir-fikir nak tulis buku tutorial. Siap dengan jalan cerita dan gambar.

Macam mana? Suka tak? :)

Sunday, 18 January 2015

Amal Creative di Instagram

Selamat berhujung minggu semua!
Mal nak tanya.
Siapa ada akaun Instagram?

Jemput follow Instagram Amal Creative
@amalcreative
@amalcreative
@amalcreative

Biasanya di Instagram ni Mal suka upload gambar work in progress. Tapi dalam sebulan dua ni yang banyaknya gambar craft supplies seperti Big Shot, dies dan buttons lah. Cuti berpantang menjahit kan. InsyaAllah lepas Mal kembali menjahit ni, akan ada lah semula gambar-gambar behind the scene. Gambar proses menyiapkan order.

Mesti follow ya Instagram Amal Creative.
Terima kasih. :)

Wednesday, 7 January 2015

Panduan, Tips dan Tutorial Percuma

Assalamualaikum dan hai semua~ :)

Mal ada berita gembira nak beritahu.

Kini anda semua boleh mendapatkan panduan, tips dan tutorial tentang kraftangan felt dari Mal di blog noramalinarohaizad.blogspot.com secara PERCUMA!

Bagi anda yang baru nak mula menjahit kraf felt, blog ini menyediakan panduan asas sebagai bahan bacaan. Bermula dari persediaan bahan dan peralatan, pengenalan tentang mesin Big Shot, pengenalan tentang kain felt dan sebagainya.

InsyaAllah dari semasa ke semasa, Mal akan kongsikan serba sikit pengalaman kepada anda. Bonus: Kisah tentang perjalanan bisnes Mal bersama Amal Creative. Jemput baca ya! :)

Thursday, 1 January 2015