Sunday 29 December 2013

Foto Sekitar Bengkel Kraf Felt Disember 2013

Tarikh: 22 Disember 2013
Masa: 9.30am - 12.30pm
Lokasi: KRaf Ezee Entreprise, Bandar Baru Bangi.

Produk kraf felt yang dipelajari: 
Alphabet keychain, cupcakes magnet dan rolled flower brooch.
Bahan dan peralatan kraf, tutorial bercetak, kudapan dan makanan tengahari disediakan. 












Terima kasih buat Puan Juliana, Puan Farah dan Adik Hamizah yang telah hadir sebagai peserta~ 
Terima kasih juga buat Kraf Ezee untuk ruang bengkel yang selesa.

InsyaAllah bengkel seterusnya bakal menyusul tahun 2014 nanti.
Jumpa lagi! :)

Wednesday 11 December 2013

Bengkel Kraf Felt Disember 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera! :)
Alhamdulillah AMAL CREATIVE akan menganjurkan bengkel
khas untuk peminat KRAF FELT yang ingin belajar menjahit.

Brooch


Magnet


Keychain


Lokasi Kraf Ezee Enterprise

Banner kedai Kraf Ezee. 
Mudah dilihat. :)

Landamark: Masjid Al-Hasanah BBB, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah,
Melaka Kitchen, Ariani

Untuk mendaftar, sila hubungi Amal di inbox page Amal Creative
atau email ke amalcreative85@gmail.com

Tarikh tutup pendaftaran:
Jumaat 20 Disember 2013

Wednesday 9 October 2013

New Stock: Alphabet Buttons

Lagi berita gembira untuk anda.
Kami telah restock alphabet buttons! :)

Harga borong pasaran: RM250/1000pcs
Harga kasih sayang di AMAL CREATIVE: 
HANYA RM200 untuk 1000pcs 
+ FREE POSLAJU

Terhad kepada 2 pek sahaja.
Setiap pek mengandungi huruf A hingga Z, tiada nombor.
Bilangan dan warna huruf diberi secara rawak.



1000pcs terlalu banyak untuk anda? 
Jangan risau. Kami juga menjual dalam kuantiti yang lebih sedikit.

500pcs = RM150.00*
100pcs  = RM37.00*
Bilangan dan warna huruf diberi secara rawak.

Mahu PILIH huruf satu persatu? Pun boleh! :)
1 huruf = 50sen/pc*
10 huruf dan lebih =  40sen/pc*
*Harga tidak termasuk poslaju.

Mahu? Cepat-cepat hantar email ke 
amalcreative85@gmail.com
atau pm ke Facebook page Amal Creative.

Friday 26 July 2013

Felt ID Card Holder V3.0

Assalamualaikum. 
Sukacita diumumkan:

Versi baru ID CARD HOLDER 2013 yang dikemaskini! (^_^)
InsyaAllah lebih kemas, lebih lasak dan lebih tahan lama. 

Harga antara RM18.00 - RM20.00 
bergantung kepada hiasan yang digunakan. 

Harga yang dinyatakan adalah termasuk NECK STRAP 
yang bersesuaian dengan warna ID CARD HOLDER

Caj tambahan dikenakan untuk 
tambahan nama atau plastik lutsinar di ruang muka ID CARD HOLDER.


Berminat untuk membuat tempahan?
Sila pm saya di Facebook page inbox.
Boleh juga terus email ke amalcreative85@gmail.com

Terima kasih! 
Selamat menunaikan ibadah puasa yang masih berbaki 13 hari.

Friday 5 July 2013

Dirisik Majalah Ibu dan Anak

Assalamualaikum. :)

Alhamdulillah Rabu 3 Julai 2013 yang lepas, wartawan dan jurugambar dari Utusan Karya telah berkunjung ke teratak kecil kami bagi merakamkan produk kraf felt dari Amal Creative untuk dimuatkan di dalam majalah Ibu dan Anak.

Sesi rakaman gambar bermula.

Brooch comel.

Mini frame comel. Sebenarnya Mal "terpaksa" crop gambar-gambar ni semua. Hee.. :p "Indah" sangat pemandangan dalam rumah kami ni. Sampai ke dinding pun ada hasil karya si Abang Long.

Puan wartawan yang amat peramah. Bagai dirancang, kami semua memakai pakaian bertema ungu pada hari kejadian.

 Cik jurugambar yang amat berdedikasi. Pun memakai pakaian berwarna ungu. :D

Ummi  yang bertudung ungu dan puteri  hati Mal yang baru bangun tidur. Sepanjang tetamu ada, Insyirah tidur saja. Kalau dia terjaga, boleh juga buat photoshoot untuk jadi calon cover page majalah. :p

Putera hati Mal pun ungu juga! :p "Ci ambek bar, Ci ambek bar", katanya. Berebut dengan Mama ni nak ambil gambar. Risau kamera tergolek. Kamera mahal tu nakkk..

Majalah Ibu dan Anak edisi Jun 2013. InsyaAllah slot dari Amal Creative akan dimuatkan dalam edisi September 2013.

Jutaan terima kasih buat Puan Fiza dan Cik Bella yang sudi hadir. :)
Puan Fiza menggayakan brooch kucing comel dari Amal Creative. Tapi apakan daya, kucing tersebut amat pemalu lantas menundukkan wajahnya. Nampak reben di kepalanya saja. Huhu.. :p

Saturday 29 June 2013

Felt Car Signage: Hana - Muar

Terima kasih Puan Hana ya. :)
Dulu dah pernah order keychain nama.
Kali ni order car signage pula.







Monday 10 June 2013

Kami Jual Butang Comel :)

Assalamualaikum.
Comel kan? Berminat nak beli? (^_^)

Mai pm saya di Facebook Page Amal Creative.
Atau email ke amalcreative85@gmail.com