Wajah Baru Facebook

Alhamdulillah pagi tadi agak lama hujan di Bangi. Sebelum Subuh pun hujan sekejap. Semoga dengan turunnya air hujan, sedikit sebanyak membantu mengurangkan jerebu yang semakin teruk di sini.

Dua hari lepas Amal ada cerita yang Amal design logo baru dengan hanya menggunakan Canva saja kan? Cuba teka apa jadi selepas tu? Ahahaha.

Perasaan masih tak berpuas hati tu masih pekat dalam diri.

Jadi semalam Amal buat apa tau? Amal cari kakak designer kegemaran. Minta bantu buatkan logo dalam AI. Supaya gambar logo kelihatan lebih cun dan profesional semestinya.

Memandangkan design Amal dah sedia ada, kakak designer pun senang lah nak buat.

Pagi Amal bagi design. Lepas Maghrib Amal bayar upah design. Kemudian tak sampai 5 minit, terus kakak designer bagi gambar logo yang sudah siap! 

MASHAALLAH!!! Pantas betul.

Waktu Amal tunjuk design lagi kakak designer dah cakap boleh siapkan hari yang sama. Tapi Amal tak lah jangka secepat tu.

Bayangkanlah baru saja forward bukti bayaran, tetiba terus dapat design. MashaAllah! Maksudnya dah siap sebelum tu lah lagi walaupun belum bayar.

Semua ini bukti perancangan Allah Yang Maha Mengatur dan Maha Hebat.

Alhamdulillah. Memang tak sangka secepat tu Allah nak hilangkan keresahan di hati. Dah nama perfectionist kan. Allah saja tahu betapa gelisahnya bila hadap benda yang kita tak dapat sehabis baik tu. Huhu.

Terima kasih kakak designer. InsyaAllah next time kita pasti berurusan lagi. :)


Amal dah siap guna dah logo tu di Facebook, Instagram dan Shopee.
Suka! Suka! Suka! Alhamdulillah.

Soalan Lazim Tentang Kraf Felt

Baik, sebagai permulaan.

Amal nak kongsi dulu FAQ atau soalan paling kerap ditanya berkenaan kraf felt. Soalan ni semua Amal sendiri biasa dapat. Sama ada melalui Facebook, Whatsapp, Instagram mahupun komen di blog.

Contoh soalan:

Apakah itu kain felt?
Berapa jenis kain felt?

Apakah kegunaan kain felt?
Apakah contoh kraf menggunakan felt?
Apakah jenis produk kraf felt?
Contoh produk felt terbaru 2019?

Bagaimana mahu jahit felt?
Apa jenis jahitan sesuai untuk kraf felt?
Bagaimana nak mula jahit felt?
Tutorial kraf felt?
Projek ringkas menggunakan felt?

Apa alat dan bahan untuk mula jahit kraf felt?
Ada tak starter kit untuk kraf felt?

Kain felt dijual di mana?
Kain felt boleh dibeli di mana?
Apa link online shop yang menjual felt?
Di mana kedai fizikal yang menjual felt?
Di mana boleh borong kain felt?
Penjual dan pemborong kain felt Malaysia?

Yang lagi advance, soalannya seperti berikut:

Bagaimana nak mula bisnes kraf felt?
Bagaimana nak iklankan dan jual produk kraf felt?
Siapa target customer kraf felt?
Apakah produk felt yang paling laris dijual?
Produk hari guru menggunakan kraf felt?
Bahan bantu belajar menggunakan kain felt?

Banyak lagi soalan sebenarnya.

InsyaAlah selepas ini Amal akan kongsi dan cerita satu persatu. Senang. Lain kali bila ada yang tanya, Amal minta baca terus dan rujuk di blog ni. Semua maklumat ada insyaAllah.

Panduan Asas Kraf Felt di Amal Creative.

Amal Creative 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tetiba rasa rajin nak buat logo Amal Creative yang baru. Kembali menggunakan warna merah jambu sebagai warna utama. Dipadankan dengan warna putih suci.

Sebagai latihan untuk mengurangkan sikap perfectionism, Amal ambil keputusan untuk create saja logo di dalam aplikasi Canva. Belajar menerima dan berlapang dada dengan kekurangan pada gambar.

Ahaha, agak sukar. Namun berjaya pejam mata. Jalan terus.

Upload! Siap. Alhamdulillah.

Beginilah hasilnya kerja design 15 minit.
Ya Amal tahu, simple saja. Lebih baik begitu. Bulat melambangkan butang. Garis pendek putus-putus melambangkan jahitan. Manakala huruf A semestinya merujuk kepada nama Amal :)

Ada lebih kurang tiga bulan lebih saja lagi sebelum masuk tahun 2020. InsyaAllah Amal Creative bakal membuat come back dalam bidang kraf kreatif.

Doakan Amal.
Doakan Amal Creative.

Cara Order Kain Felt


Macam mana nak order kain felt? Boleh ikut format seperti gambar di atas. Kod warna felt ada dalam entri sebelum ini. Selepas itu boleh submit order ke whatsapp 0109034560. Atau klik terus link whatsapp berikut www.wasap.my/60109034560. Kemudian tunggu kami reply. Terima kasih :)

Kod Warna Polyester Felt


Polyester Felt

Polyester felt.
Dikenali juga sebagai felt keras.

Kualiti gred A.
Ketebalan 1.2mm.

Tidak terlalu tebal.
Tidak nipis.
Mudah dipotong.
Mudah dikendalikan.

Saiz 30cm x 30cm.
Lebih besar daripada saiz A4.

Harga kain felt:

Stok Polyester Felt Terkini

Di Amal Creative, kami ada 30 warna pilihan untuk felt keras atau nama lainnya polyester felt. Antara soalan lazim pelanggan, boleh tak nak pilih warna tertentu. Jawapannya: Mesti lah boleh. :) 

Untuk baki stok terkini, perlu whatsapp dulu ya. Macam sekarang, ada satu warna dah out of stock iaitu warna kod P24 Blue. Jadi kalau nak order warna ni saja memang tak dapat nak bagi buat masa ni.

Untuk sesiapa yang nak order 1 set ada 30 warna tu, insyaAllah ada kod Blue. Saya dah siap susun elok-elok dah untuk felt 30 warna. Ada dalam 8 atau 9 set lagi. Boleh beli dan dapat semua warna sehelai setiap satu.